Sunday, October 10, 2010

10.10.10 & Wedding Of The Year

Hari ni seluruh Malaysia dah tau Dato Sheikh Muszaphar Shukor telahpun selamat diijabkabulkan dengan Dr Harlina setelah 8 thn menyulam cinta. 10.10.10 telah menjadi tarikh pilihan untuk mengabadikan kenangan penyatuan mereka dengan ikatan perkahwinan yang sah. Majlis kahwin mereka diadakan besar-besaran & boleh dikatakan wedding of the year la dimana tema kayangan telah dipilih untuk acara majlis persandingan yang telah pun berlangsung pada pukul 9.00 malam tadi secara langsung dari Putrajaya International Convention Center (PICC) - gigih tak mak duk cerita sal perkahwinan derang nih...huahaahaha..Tapi pape pon memang shanteqqq sangat majlis perkahwinan derang. So Selamat Pengantin Baru diucapkan untuk mereka, moga berbahagia & kekal hingga ke hujung nyawa, amin.

pic credti to : budiey.com

Bercerita pasal wedding of the year ni, teringin saya nak tau wedding mane yang pernah diadakan paling termahal di dunia. So sama-sama kita layan & tengok wedding siapa paling mahal....

1. Tangga pertama, perkahwinan Vanisha Mittal, saya pernah wat entry pasal minah ni Vanisha Mittal & perkahwinannya saja memakan belanja hampir $60 million USD yang dilangsungkan pada tahun 2004. Vanisha telah memilih jejaka kelahiran Delhi tapi membesar di London iaitu Amit Bhatia yang juga merupakan orang berpengaruh. Oklah tu, sama padanlah..sama cantik & sama kaya, bertuah badan. Khabarnya, kad perkahwinan derang saja direka dengan 20 halaman dengan bungkusan kotak berwarna perak. Mesti gila tebal macam buku. Derang jemput sedara & kengkawan seluruh dunia iaitu hampir 1000 tetamu & diterbangkan secara percuma terus ke Paris. Majlis gilang gemilang tu berlangsung 5 hari 5 malam beb. Untuk malam berinani, tetamu siap dapat gift jewellery lagi tu..sape taknak dapat gift camtu..Siap panggil artis Kylie Minogue buat persembahan istimewa de ngan bayaran $520,000 USD untuk 30 minit persembahan.Jamuan makan turut dihidangkan dengan 5000 botol Mouton Rothschild keseluruhan berjumlah $1.5 million USD. Tak ketinggalan artis Bollywood yang hadir ialah Shah Rukh Khan, Saif Ali Khan, Ashwariya Rai & ramai lagi...


Majlis kahwin kat  Istana di Parc de Saint-Cloud, Paris

2. Perkahwinan Mohammed Bin Rashid & Princess Haya dari Dubai pula memakan belanja 44$ million USD dan pernah tercatat dalam Guinness Book of Record dengan jemputan 20,000 orang & sambutan yang diadakan 7 hari 7 malam. Majlis perkahwinan tu telah diadakan di sebuah stadium yang direkan khas oleh bapa si pengantin tu sendiri. Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum juga merupakan perdana menteri Dubai yang telah banyak menyumbangkan untuk pembangunan Dubai sampailah Dubai kini menjadi antara negara terkaya dan disegani seluruh dunia.

Pasangan yang diraikan.

3. Vikram Chawtal...juga dari India, rupanya ramai juga hartawan di India ni walaupun negara derang masih dibelenggu kemiskinan. Inilah dikatakan jurang hidup antara yang kaya & miskin terlalu jauh jaraknya. Majlis yang diadakan tuh memang berderet2 la merata tempat & khabarnya berlangsung di 3 buah negeri di sekitar India antaranya di Shri Niwas Palace, Udaipur. Salah satu majlisnya dibuat mengikut tema Fantasia Masquerade Island diadakan di Jagmandir Island & setiap pasangan yang hadir mesti memakai topeng masquerade yang penuh warna-warni. Banyak tetamu kenamaan hadir memeriahkan majlis antaranya Bill Clinton & Naomi Campbel..jangan memain you..


Pasangan pengantin hartawan India.

4. Next is perkahwinan pakcik Donald Trump dengan Melania Krauss yang merupakan perkahwinan ke-2 Pakcik Donald setelah bercerai dengan Ivana. Rasanya seme orang kenal Pakcik ni yang suke sebut " you are fired" dalam siri the apprentice tu yang suke gak pakai tali leher kaler pink, kelas ye pakcik pakai pink segala, sesuailah ni dengan akak Paris Hilton, muahahaha. Pakcik ni adakan majlis kahwinnya kat Bethesda-by-the-Sea Church, Palm Beach Florida dengan menjemput 500 tetamu istimewa termasuk Oprah Winfrey, Hillary Clinton, Elton John & ramai lagi. Artis yang buat persembahan adalah Tony Bennet & Billy Joel. Apa yang menariknya ialah gaun yang dipakai Melania Krauss yang direka dengan 1500 batu permata & mutiara & sebarat hampir 30kg rekaan John Galliano berharga antara $200,000-$300,000 USD..Selain itu ada 10,000 fresh flowers, 45 chef, kek setinggi 5 kaki & berat hampir 100kg khas untuk perkahwinan tersebut. Cincin kahwin dihadiahkan pakcik kat akak Melania tu berharga $ 1.5 million USD. Bagaimanapun, pakcik Trump sampai sekarang masih lagi kekal bahagia dengan akak Melania & dikurniakan baby boy dinamakan Baron. Layan gambar kat bawah...

 Happynye pakcik Trump nih...hoho

Kek wedding derang...

Photo Family ketika Baron baru lahir...

Melania dengan Baron yang sudah membesar & rupa pun dah iras Ivanka Trump (anak perempuan Trump dengan isteri pertama, Ivana ). Kuat betul genetik Trump neh..

5. Seterusnya adalah wedding Andrei Melnichenko yang merupakan billionair Rusia & orang ke 514 terkaya dunia dengan Miss Yugoslavia, Aleksandra Kokotovich pada tahun 2005 bertempat di Cote d’Azur, Paris. Artis Christina Aguilera yang dibayar 2 million pounds untuk nyanyikan 3 buah lagu  siap dihantar dengan jet peribadi & disediakan posh suite mewah oleh Andrei. Kos perkahwinan memakan belanja sekitar £20 million & presiden Rusia Vladimir Putin juga hadir ke majlis tersebut.

Andrei & Aleksandra 

6. Majlis kahwin yang memenagi gelaran wedding of the year oleh Majalah Harper Bazaar adalah majlis kahwin di antara Delphine Arnault yang merupakan anak perempuan kepada Bernard Arnault,  seorang fashion mogul dari Itali. Delphine telah memilih Alessandro Vallarino Gancia, juga seorang hartawan & pewaris kekayan Gancia. Pengaantin menggayakan gaun dari Christian Dior yang memakan masa 1300 jam untuk disiapakn & antara tetamu istimewa yang hadir adalah Elizabeth Hurley, Arun Nayar, Karl Legerfield & ramai lagi orang2 kenamaan.

Delphine Arnault

7. Liza Minneli & David Gest mengadakan majlis perkahwinan yang memakan belanja sehingga $3.5 million USD & antara majlis perkahwinan termahal & merupakan perkahwinan Liza yang ke-4. David Gest juga muda 7 tahun daripada Liza Minneli. Mereka menempah kek setinggi 12 tingkat dengan kos $40,000 USD & menggunakan khidmat 500 staff dengan bayaran $150,000 USD manakala kos untuk fresh flower berjumlah $70,000 USD untuk mengendalikan majlis tersebut. Perkahwinan dihadiri Michael Jackson, Elizabeth Taylor & ramai lagi. Walaubagaimanapun, mereka telahpun selamat bercerai pada tahun 2007...

Michael Jackson merupakan best pren Liza turut hadir.

8. Perkahwinan Paul Mccartney yang merupakan salah seorang ahli kumpulan The Beatles dengan Heather Mills seorang model pula memakan belanja sehingga $3million USD. Derang adakan tema berbeza mengikut adat orang India & turut menggunakan fresh flower yang berjumlah $145,000 USD. Manakala Heather Mills mengenakan gaun berharga $40,000 USD.

Mccartney & Heather kini sudahpun bercerai.

9. Perkahwinan yang berlangsung selama 8 hari merentasi India sehingga ke Eropah adalah perkahwinan antara usahawan dari India Arun Nayar & celebrity hollywood Liz Hurley pada tahun 2007. Antara majlis yang diadakan adalah bertempat di istana Jaipur & Jodhpur & pasangan juga siap menempah satu suite mewah yang berharga $10,000 semalam. Perkahwinannya diadakan di India dengan penuh warna-warni, ala-ala dalam filem bollywood yg biasa kite lihat tu la..

Modern Style

Hindi Style

10. Senarai ke-10 adalah perkahwinan mewah antara pasangan Hollywood Tom Cruise & Katie Holmes. Kos perkahwinan tersebut menelan belanaja $2 million USD termasuk gau pengantin, 300 botol wine & pernerbangan tetamu.
Acara memotong kek.

Oklah..itu sajelah senarai 10 perkahwinan termahal dunia. Masih banyak lagi antara perkahwinan yang mahal seperti pasangan di raja Puetra Charles & Diana, Michael Douglas & Chaterine Zeta & banyak lagi. 

P/S : Grand atay tak sesebuah perkahwinan tu, yang penting cinta, jujur & sanggup hadapi kesusahan & cabarn hidup bersama-sama sampai bila2.....


 

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...