Tuesday, October 5, 2010

Vanisha Mittal VS Sharbat Gula

Entry untuk renungan diriku, mungkin juga untuk sesiapa jua yang sudi merenunginya bersama-sama.

Siapakah Vanisha Mittal & Sharbat Gula Pasir ni sebenarnya? Kedua-duanya adalah wanita dengan dua kisah hidup & takdir berbeza. Kedua-duanya juga dari latar belakang & kawasan berbeza. Vanisha Mittal pernah disenaraikan Forbes sebagai tangga teratas sebagai pewaris kekayaan yang paling terkaya di dunia setakat ini dengan warisan harta bernilai kira-kira $ 75 Billion USD. Bapak si Vanisha ni pemilik Mittal steel & family derang ni memang menjalankan perniagaan keluli ni sejak berzaman lagi dan seperti semua maklum keperluan keluli ni sentiasa menjadi permintaan sampai bila-bila pun, tambah-tambah dalam dunia semakin nak maju ni, banyakla bangunan tinggi-tinggi macam kat Dubai tu nak dibina. So, bertambah kayo la pakcik..Ok, berbalik pada Vanisha ni, dia juga menjadi penasihat dan memang bekerja di company bapaknya tu la, of course la satu hari nanti dia akan meneraju perniaggan tu. Bertuah badan..tak payah-payah susah-susah macam saya nak belajar bersungguh-sungguh sampai menara gading, lepas tu susah-payah pulak nak cari kerja bagus-bagus. Lepas tu...takkan kaya mana pun keje kuli ni...Tak macam Vanisha, lahir-lahir je terus diselimuti kekayaan infiniti tu. Kalau korang nak tau, wedding Vanisha saja belanja dihabiskan sampai 60 Million USD. Gilo kan?? Adeh..ngah syok2 berblog anak saya boley pulak terbangun, baru nak berangan jadi Vanisha tadi, huh. Berbalik pada wedding yang super gah tuh, memang menjadi impian semua para gadis2 la termasuk saye uhuhu walaupun kini saya sudahpun selamat berumahtangga. Kadang-kadang terpikir juga kenapa saya tak dilahirkan sebagai Vanisha je? Dapat banyak harta, dapat laki kaya jugak tu...hemmmm (itulah keluhan hati saya yang DAMN)  
 


Inilah Vanisha Mittal on her wedding day...tapi tengok pada make-up & baju wedding dia ni tak macam $60 Million USD pon. Make-up macam tak wow pon..baju wedding pon macam pelik jek...ke saya salah tengok. Atau saya ada unsur2 cemburu?? Oh tidak..saya ikhlas bagi pendapat ye.


Sebenarnya...kita atau sesiapa saja tak perlu cemburu atau pun nak meratapi nasib diri yang tidak sebertuah Vanisha itu. Kita hidup pada hari ini pun masih lagi dalam serba mencukupi dan pelu ada rasa sifat bersyukur jika nak dibandingkan dengan orang-orang yang lagi susah dari kita. Biarlah kita tidak kaya raya pun..tapi biarlah cukup & sederhana itu pun sudah dikira baik. Mungkin kisah seorang lagi insan iaitu Sharbat Gula tidak sebaik kita. Sharbat Gula merupakan satu kisah tragis kanak-kanak pelarian perang Afghan pada tahun 1985 ketika wajahnya dipotretkan oleh jurugambar Steve McCurry ketika melawat kem pelarian tersebut. Masa itu Sharbat berada dalam satu kem yang juga dijadikan sebuah sekolah yang sangat dhaif & serba kekurangan. tapi bila Steve tu terpandangkan wajah Sharbat, dia seolah terpaku melihat sepasang mata yang penuh dengan semangat, kekuatan yang berkobar-kobar, kegigihan & ketabahan seorang kanak-kanak yang dilanda dengan dugaan itu. Lantas Steve terus mengambil gambar potret wajah Sharbat yang menjadi bualan & meraih simpati dunia.


Photo by : Steve McCurry diambil pada tahun 1985

Bila saya lihat wajah itu, saya terpikir sejenak. Kenapa saya perlu mengeluh ingin jadikan nasib diri sebaik Vanisha sedangkan saya patut bersyukur nasib saya jauh lebih baik dari Sharbat Gula. Saya tidak pernah melalui kesusahan melampau seperti pelarian-pelarian di negara-negara yang masih lagi dibelenggu konflik peperangan. Ya...saya bersyukur sangat pada kehadrat ilahi, saya masih berbahagia di bumi Malaysia, dikurniakan hidup serba cukup, dikurniakan kebahagian & kasih sayang keluarga. Apa lagi yang saya nak??? Anda pula bagaimana?

Berbalik pada kisah Sharbat after tahun 1985 tu. Steve McCurry cuba menjejaki kembali Sharbat pada tahun 2002. Kira-kira 17 tahun selepas itulah...tahun 1985 Sharbat berumur 12 tahun & ketika pertemuan semula Sharbat sudah mencecah 29 tahun. Dan gambar yang dipotretkannya kembali adalah 
_
_
_
_
_
_
_
Photo by: Steve McCurry 

Wajahnya tak jauh berbeza, begitu juga kesusahan hidupnya walaupun masa sudah berjalan hampir 17 tahun. Bersyukurlah kita, hidup kita masih ada harapan untuk diubah & berubah menjadi lebih baik dari semalam.

P/S : Rasa syukur itu menjadikan kita lebih menghargai apa yang dimiliki seadanya.

1 comment:

  1. iya lah...hidup kena bersyukur..dan sentiasa untuk menjadi lebih baik untuk hari esok.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...