Wednesday, October 6, 2010

Saya Nak Kahwin Lagi???

Panas juga saya punya entry kali ini. Gila bangat bunyinya jika saya mau kahwin lagi..ohhh doakan tidak. Saya tidak mahu bercerai berai, saya mahu kahwin sekali saja dalam hidup, biar berkekalan sampai hujung nyawa, insyaAllah, amin. Cuma edisi kali ni saya nak cerita-cerita pasal gaun kahwin yang cantik-cantik, kembang-kembang, berenda-renda yang menjadi pilihan saya. Tak hapela walaupun majlis perkahwinan saya dah lepas..sekadar ingin kongsi-kongsi pendapat je. Manelah tau jika ade di luar sana tuh tercari-cari gaya untuk hari perkahwinan mereka..sedikit sebanyak boleyla dapat idea sikit kan. Oklah, ni la hasil pilihan gaun kahwin kesukaan saya ....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
taraaaaaaaaaaaaa.........


Gaun pilihan pertama ni cantik juga walaupun seksi & mungkin saya takkan pakailah. Tapi rekaannya cantik. Nampak simple, tambah lagi dengan potongannya lurus & kembang sikit je kat bawah. Corak lace tu pun cantik.  Memang berkenan....


Gaun ni pulak lebih kurang juga dengan rekaan gaun di atas tapi taklah terlalu seksi sangat sebab lengannya sedikit ditutup dengan lace. Berbanding yang atas tu, yang ni lagi saya suke. Boley jugak ni digayakan pengantin muslimah tapi mesti kena dengan tudung bertutup la...



Masih lagi gaun berkemban yang saya pilih. Taktaulah kenapa tapi rekaan camnilah rekaan paling tipikal gaun pengantin dari dulu sampai sekarang. Cuma pada bahagian bawahnya takdelah kembang semangkuk. Masih lagi nampak simple. Takde serabut sangat dengan renda & lace yang banyak. Masih sesuai dipakai untuk orang yang sedikit berisi kalau teringin jugak nak merasa pakai gaun kembang kan....



Rekaan gaun ni pun lebih kurang juga dengan rekaan di atas cuma bahagian atas tu adalah dalam bentuk korset & terdapat leretan renda kat bahagian belakang menyuntik sedikit kelainan daripada rekaan gaun pengantin yang biasa. Memang lain dari yang lain tapi masih lagi nampak simple dan tidak melebih-lebih..



Gaun ni sedikit berbeza dari segi warna & rekaannya kerana dilapisi lace keseluruhannya & terdapat penekanan pada bahagian pinggang dengan lilitan satin dalam nada warna berbeza, tapi masih nampak up to date & moden. Walaubagaimanapun, gaun ni nampak lebih sesuai dipakai oleh pengiring pengantin. Iye tak????


Ini pulak gaya ala-ala cinderella tapi masih lagi tak keterlaluan & tak lapuk dek zaman jika memilih gaya simple & tak sarat. Warna putihnya nampak menonjo begitu jugak dengan layer & corak pada gaun tersebut. Nak glamer cikit boleyla pilih gaun yang sedikit meleret di bahagian belakang.



Gaya gaun ni sedikit lain berbanding gaun berkemban di atas dimana bentukya lurus ke bawah dan kembang ala duyung. Corak kain nampak mewah dengang ikatan reben pada pinggang menonjolkan lagi kecantikan gaun tersebut. Rekaan pada bahu & leher juga nampak sweet & cute.

 

Gaun ni pulak nampak macam gaya high fesyen, mewah & super moden. Gaya ni nampak berat sikit tapi menjadi pilihan saya sebab saya suka lah dengan corak kain kembang tuh nampak macam hidup & soft je...tak nmpak keras macam kertas kadbod seperti gaun lain.



Ni pulak saya rasa macam gaya ala-ala puteri rom, kalau saya tak salah la, yela saya bukannya ade latar belakang fesyen sangat pun kalau nak bercakap pasal fesyen cuma apa yang saya tulis ni just ikut kesukaan & pendapat sendiri je. Mungkin saya tengok cantik, tapi mungkin orang lain ade pendapat berbeza. Tak gitu???? Berbalik pada gaun ni, rekaanya nampak simple sangat tapi masih nampak elegan pada bahagian atas. So rekaan camni masih ada dalam list kesukaan saya.

Oklah....cukuplah dengan list2 diatas tu untuk dipaparkan. Banyak2 pun buat ape, bukannya saya boleh beli & pakai pun. Tapi dalam semua tu, saya paling suka gaun no.2 tu. So sape-sape yang bakal melangsungkan perkahwinan, saya suggestkan carilah gaun yang seperti itu sebab rekaannya nampak relevan pada semua era la.Nanti bila tatap balik gambar kahwin 20 tahun akan datng takdela nampak kelakar sangat pakai gaun camtu.



Inilah gaun perkahwinan Lady Diana yang dipakainya pada tahun 1981. Gaun ni direka oleh pereka British sendiri iaitu David Emanuel dengan gaya puff pada bahu & terdapat pula 10,000 mutiara pada gaun tersebut. Walaupun gaun tuh direka pada tahun 80-an tapi tak tau lah nape sekarang kalau tengok gaun tu pun masih rasa tertarik sebab ada gaya tersendiri. Nampak klasik, romantik & ada nilai sentimental kot....Agaknya Lady Gaga bolehlah design baju dia ala2 gaun ni sebab macam sesuai je..uhuks.


Ini pun gaun pengantin juga tapi Hello Kitty version k..siap kaler pink lagi tuh. Ada ke orang nak buat gaun wedding camni??? Lady Gaga?? Asek terkena je Lady Gaga neh. Ngeh3...

Gaun wedding saya sebenarnya pun bukanlah umphhh sangat pun sebok2 saya duk potpet kat sini bagitau pendapat itu ini. Gaun wedding yang saya pakai dulu tu pun mujurlah ada ala-ala gaun sikit, yela bukan senang nak cari saiz body sihat saya ni. Inilah gaun wedding saya....
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Maaflah muka empunya diri terpaksa diblurkan atas pesanan penaja wink3...


P/S : Tak kisah lah camna pun gaun korang nak pakai pada hari bahagia korang tu, yang penting perkahwinan yang dibina tu mestilah berlandaskan kejujuran & kasih sayang. Itulah kebahagiaan sebenar dalam menuju alam berumahtangga. Selamat Pengantin Baru buat bakal pengantin di luar sana...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...