Monday, October 4, 2010

Sambung blogging mogging..

Dah lama tak continue my blog nih. Arini berazam nak sambung blogging balik memandangkan dah ade connection internet 24 jam. Boley la abiskan masa blogging mogging supaya bloggku makin canggih lemak manis berkrim disukai ramai (terover pulak). Harap maaf ye kawan-kawan...tersengaja over excite memalam ni..beselah..hujan tengah lebat kat luo tu..sejuk..anak pon dah bahagia tido..so takde nak kacau mama die menakir(blogging) malam2 ni. Suami?? Takde malam ni..dis week die night shift.

Oklah...cukup lah cerita sal anak & suami tu. Apa yang saya nak takir (takir ni bloggingla..len kali, kalau saya tulis menakir ke takir ke, so paham2lah itu maksudnya saya nak berblog, kalau tak paham jugak..lantakkan ajela) berbalik pada yang saya nak takirkan ni ialah berbentuk ilmiah lah jugak sikit walaupun saya ni bukanlah orang yang ilmiah sangat. Tapi saya nak tekankan ilmiah tu terlalu subjektif...sebabnya ilmu itu boleh dikira sebagai ilmu selagi ianya menjadi pelajaran buat kita.

Tadi saya tengok chanel 553 (NatGeo) kat Astro.. tuh kirenye feveret channel saya la selain channel 551 (discovery) yang berkaitan dengan dokumentari saya suka tengok sampai suami pun dah terikut-ikut tengok. Program tu pasal top 10 favourite photo. Saya memang minat pasal photography..tapi kekangan masa, wang & perkara lain-lain menyebabkan saya mampu meminati nya sahaja. But, no hal la...at least saya menghargai kecantikan seni photography. Tengok punye tengok, saya takjub dengan kegigihan manusia demi mencapai apa yang diminti seolah seperti satu keghairan tanpa batasan. Anda cuba lihat gambar di bawah ni :-

Photo by : Michael Nichols


Korang mesti nampak hanya sebatang pokok je kan. Apa yang istimewanya di sebalik imej tersebut. Pokok Redwood yang terletak di California ni umurnya  dah cecah 1500 tahun  tapi masih tegak berdiri. Alkisahnya si Michael Nichols ni nak capture la pokok ni tapi katanya camna nak ambil gambar pokok dalam 1 frame ni keseluruhannya sebab mungkin terlalu tinggi, besar & tak terjangkau. Betul jugak tu. Rupanya dengan keinginan, keghairan & semangatnya...dibantu pulak dengan kecanggihan teknologi photography masa kini, akhirnya dia & teamnya terpaksa pakai tali segala panjat pokok-pokok berhampiran untuk ambil gambar pokok itu sedikit demi sedikit & akhirnya cantumkan sebagai gambar keseluruhan. Hasilnya mereka telah ambil 84 keping gambar keseluruhannya untuk dicantumkan akhirnya menjadi seperti gambar indah di atas. Kalau diperhati gambar tu betul-betul, ada 2, 3 orang manusia bertenggek di atas pokok tu. Bukan saja-saja manusia bertenggek kat situ, tapi pengertian disebaliknya itu kita harus paham, kejadian alam saling bersangkutan dengan kehidupan manusia. And for me...itulah kehebatan ciptaan Allah S.W.T....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...