Saturday, October 9, 2010

Ibadah Haji - Menjadi Tetamu Allah S.W.T



Sekarang para jemaah haji yang akan mengerjakan haji pada tahun ni telah pun bertolak ke kota suci mekah mengikut jadual rombongan masing-masing. Dengan syahdunya, my parents pun tidak lama lagi juga akan berlepas ke kota suci itu untuk menjadi tetamu Allah setelah sekian lama mereka menantikan peluang itu. Saya & adik beradik yang lain mendoakan yang terbaik untuk mereka & selamat pergi & selamat juga pulang. Yang paling penting, moga-moga ibadah yang dikerjakan akan diterima & diberkati Allah.



Bercakap pasal ibadah haji ni, otak saya pun dah semakin blurr & kabur sikit pasal intipati pengertian & pelaksanaan ibadah haji sebab sudah lama otak ni tidak difreshkan dengan pengetahuan agama ni walaupun di sekolah menengah dulu saya pernah mengambil subjek pengajian syariah islamiah. Masa belajar dulu memang semua dalam kepala, nak2 dapat pulak ustazah yang ngajo tu garang gile. Hari2 takut saya nak datang ke sekolah,huhu. Sekarang rasa rugi plak ilmu yang pernah dimiliki tu terbiar begitu saja. Hari ni saya nak refreshkan balik ilmu yang pernah dipelajari tu, jom sama2 kita fahami...

Erti Haji
Haji ialah mengunjungi Baitullah di Makkah pada bulan-bulan tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu untuk mengerjakan ibadah yang tertentu.

Syarat Wajib Menunaikan Haji

1. Islam tidak wajib ke atas orang kafir.
2. Berakal  tidak wajib ke atas orang gila.
3. Baligh tidak wajib ke atas kanak-kanak.
4. Merdeka tidak wajib ke atas hamba sahaya.
5. Berkemampuan tidak wajib ke atas orang yang tidak ada upaya dan tiada kuasa.

Bagaimana dikatakan sesorang itu berkemampuan atau tak?? Inilah kategori2 berkemampuan yang mesti difahami iaitu :-

1. terjamin keselamatan diri, nyawa, dan harta semasa dalam perjalanan.
2. mempunyai kenderaan yang selamat dan sesuai untuk pergi dan balik.
3. mempunyai perbelanjaan yang cukup untuk pergi dan balik serta ahli keluarga yang ditinggalkan.
4. ada kesempatan untuk mengerjakan haji.
5. bagi wanita (yang sudah berkaliwin) hendaklah ditemani oleh dua orang muhrim atau kumpulan wanita yang boleh dipercayai serta mendapat izin danpada suaminya.
Inilah sedikit tentang perkara haji, untuk lebih details boleh rujuk sumber laman web kat bawah yang saya dah link kan. Kat situ die punya penerangan jelas & bagus, sama dengan apa yang ustazah saya ajar dulu.

P/S : Selamat Mengerjakan Haji Untuk Para Jemaah Haji

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...